Make your own free website on Tripod.com

Psikologi Perkembangan Dewasa Awal

2. HUBUNGAN INTIM

1. Dewasa Awal - Pengenalan
2. Hubungan Intim
3. Jenis Hubungan Intim
4. 10 Tips Dalam Pemilihan Kerjaya
5. Rujukan dan Penulis

Tahap Pembentukan Hubungan Intim

Grandparents w/ granddaughter on graduation

Terdapat beberapa tahap dalam Pembentukan hubungan Intim.
i) Hubungan Sifar
Pada Tahap ini tidak wujud sebarang hubungan dengan sesiapapun
ii) Tahap Kesedaran
Pada tahap ini individu mula sedar dengan kehadiran orang lain di sekitarnya. Di sini proses kenal mengenal mula berlaku yang disebut juga tahap perhubungan yang masih baru.
iii) Tahap Kontek Permukaan
Di tahap ini, individu telah mula meneruskan perhubungannya. Inidividu mula menjadi rapat dan meletakkan kepercayaan terhadap orang lain. Individu beruapaya berkongsi pengalaman dengan orang lain
iv) Tahap Kesalingan
Tahap terakhir dalam hubungan intim adalah tahap kesalingan yang mana pada tahap ini individu berada dalam keadaan yang semakin intim dan mempunyai hubungan yang lebih rapat. Pada tahap ini individu berkenalan dengan lebih mendalam dan mula mewujudkan perhubungan yang lebih dari seorang kawan biasa. Individu mula berkongsi rahsia.

'Lihatlah dia, kerana dengan
begitu akan lebih menimbulkan
kemantapan dan rasa cinta
diantara kamu'